Portal Rasmi

Berminat bergelar kaunselor?

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN KAUNSELOR GRED 48 (TERBUKA), 44 (TERBUKA) DAN 41 (TERBUKA) DI BAHAGIAN PSIKOLOGI DAN KAUNSELING, JABATAN PELAJARAN NEGERI, INSTITUT-INSTITUT PENDIDIKAN GURU DAN KOLEJ-KOLEJ MATRIKULASI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya telah diarah menarik perhatian tuan/puan mengenai perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa, terdapat kekosongan jawatan Kaunselor gred 48 (Terbuka), gred 44 (Terbuka) dan gred 41 (Terbuka) di Bahagian Psikologi dan Kaunseling, Jabatan Pelajaran Negeri, Institut-Institut Pendidikan Guru dan Kolej-Kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia.

3. Sehubungan itu, Kementerian ini mempelawa pegawai-pegawai yang berkelayakan di bawah pentadbiran tuan mengemukakan permohonan untuk dilantik (Perlantikan Secara Pertukaran Sementara) bagi mengisi jawatan-jawatan tersebut. Bersama-sama ini disertakan maklumat terperinci mengenai kekosongan jawatan berkaitan

i. Iklan kekosongan jawatan seperti Lampiran A.
ii. Maklumat kekosongan jawatan seperti Lampiran B.
iii. Senarai tugas jawatan kaunselor seperti Lampiran C.
iv. Borang permohonan BPsK/001/02 seperti Lampiran D.

4. Adalah diharap pihak tuan dapat menghebahkan pelawaan ini kepada semua pegawai yang berkelayakan di bawah pentadbiran tuan. Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Intan Suhaini bin Mohd Selamin di talian 03-88907820 atau En. Zaidi bin Korib di talian 03-88907831. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan sebelum atau pada 15 JUN 2012 ke alamat seperti berikut;

Setiausaha Bahagian
Bahagian Psikologi dan Kaunseling
Kementerian Pelajaran Malaysia
Blok B, Jalan P8C-1
Presint 8
62250 PUTRAJAYA.
(u.p: Unit Pentadbiran dan Kewangan)

Di atas segala kerjasama tuan/puan berikan di dalam hal ini adalah sangat-sangat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

( Dr. RUZIATI BINTI MIOR AHAMAD ARIFFIN )
Bahagian Psikologi dan Kaunseling
b.p Ketua Setiausaha
Kementerian Pelajaran Malaysia
Tel : 03-8890 7805
Faks : 03-8890 7959
Email : ruziati.ariffin@moe.gov.my

Sumber: http://www.moe.gov.my/bpsk/index.html

 

Kongsi artikel ini
468 ad

Leave a Comment