PENILAIAN KENDALIAN SEKOLAH RENDAH 1 (PKSR 1) TAHUN 2013

Berhubung perkara di atas, dimaklumkan bahawa peperiksaan tersebut akan diadakan pada 13, 14, 15, 16 & 17 MEI 2013 (ISNIN, SELASA, RABU, KHAMIS dan JUMAAT). Berikut disertakan jadual peperiksaan PKSR 1 tahun 2013.

jadual pksr12013

Sepanjang minggu peperiksaan ini, adalah dimaklumkan murid-murid dibenarkan balik pada pukul 1.00  petang (Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis)  hari Jumaat  balik seperti biasa.

Sekian, terima kasih.

Tag Artikel :
Tentang Penulis

» Lihat semua kiriman yang dibuat oleh

4 Komen Telah Pun Ditulis Setakat Ini

  • Saya ingin tahu samada PKSR 1 melibatkan murid Tahun 1?

    • TIDAK. MURID-MURID TAHAP 1 DINILAI MELALUI PBS.
      HARAP MAKLUM.

  • salam,

    saya mohon pihak sekolah memantau aliran trafik did alam sekolah pada setiap hari. mohon juga laluan pintu pagar kedua berdekatan bangunan sekolah utama di buka pada waktu tengahari bagi tujuan mengambil anak.

    pada masa sekarang, laluan pintu pagar yang dibuka hanya satu sahaja iaitu berdekatan tempat menunggu berbumbung…kebanyakan ibu bapa nak jugak parking di laluan tangga utama di tempat menurunkan pelajar. susah sangat ke nak parking depan sikit?? semua berebut2 nak stop dekat tangga utama (berdekatan surau).

    saya cadangkan pihak sekolah membuat penyusunan semula berkenaan dengan pengurusan laluan trafik. kami ibu bapa terikat dengan waktu pejabat, pukul 2 petang kena masuk semula ke pejabat. takkan nak habiskan masa berapa minit utk tunggu di tempat menunggu, nak uruskan makanan tengahari lagi, nak hantar anak ke sekolah agama di tempat lain lagi. pihak sekolah boleh aturkan pelajar tahun 1-3 tunggu di tempat menunggu berhampiran sekolah & pelajar 4-6 menunggu di hadapan blok sekolah utama (gate1)

    masa pembelajaran murid2 juga kenalah pantau terutama jika melibatkan matapelajaran di akhir waktu @ pukul 1 ptg…guru-guru yang berkenaan kenalah pastikan murid2 habis apa saje kerja sebelum pukul 1. ni berdasarka pengalaman saya, saya menunggu di depan surau sekolah dalam 15 minit, tgk anak tak juga muncul2, terus ke bangunan sekolah…sekali tgk anak dekat kelas matapelajaran islam tgk dok menulis2 lagi…cikgu dah mmg xde dalam tu…bila tanya kenapa lambat, anak saya cakap cikgu suruh habiskan keje…masa tu hari jumaat, dlm kelas tu mmg ada beberapa few student lagi tgh buat keje…

    tolonglah paham kami ni sebagai ibu bapa @ penjawat awam di putrajaya ni…takkan hari2 nak masuk pejabat pukul 2.30 ptg?…kalau hari jumaat pulak pahamlah keadaan masuk waktu sembahyang jumaat pukul berapa….remind kat cikgu2 utk alert perkara ni….hari jumaat skrg masuk waktu awal, nak beli makanan lagi, nak siap2 utk sembahyang jumaat lagi (jika yang mengambil anak kaum2 bapa).

    tolong ambil kira permasalahan yang saya dah jelaskan di atas:-

    1. aliran trafik dlm sekolah terutama semasa selesai waktu pembelajaran

    2. pengurusan masa terakhir subjek (pukul 12.00-1.00) terutama pada hari jumaat

    yang inginkan perubahan,

    MAS

    • Aduan telah dihantar kepada pentadbir sekolah.
      Sila gunakan emel rasmi sekolah untuk sebarang aduan dan cadangan.
      Terima kasih.

Maklum Balas Pembaca

%d bloggers like this: