Ibu bapa dan penjaga boleh menyemak dan memuat turun jadual waktu bagi sesi persekolahan 2016. Perlu diberi perhatian ialah berkenaan waktu persekolahan yang berubah. Bermula pada pukul 7.40 pagi.
Walau bagaimana pun semua murid harus berada di dataran perhimpunan sekolah sebelum pukul 7.30 pagi bagi aktiviti nilam dan pengurusan kehadiran oleh guru kelas masing-masing. Mohon kerjasama ibu bapa dan penjaga supaya murid hadir mengikut masa yang ditetapkan.
Waktu kokurikulum juga telah berubah dan kembali pada waktu petang. Mohon kerjasama ibu bapa dan penjaga supaya murid dapat hadir dan melibatkan diri dengan kegiatan kokurikulum.
Jadual waktu ini berkuatkuasa pada hari Isnin, 4 Januari 2016. Oleh itu murid perlu membawa buku dan keperluan yang berkaitan kerana sesi pengajaran dan pembelajaran akan bermula pada hari tersebut.
Dapatkan JADUAL WAKTU
Pengunjung | Dasar Keselamatan | Penafian | Peta Laman |