Pusat Sumber Sekolah dengan kerjasama panitia-panitia mata pelajaran telah menganjurkan Majlis Pelancaran Pusat Sumber Sekolah dan Bulan Panitia bagi tahun 2019.
Majlis telah dirasmikan oleh Puan Arinawati binti Mat Yaasin, Pegawai Bahagian Teknologi Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Turut hadir bersama ialah Cikgu Mohd Marzuki bin Mat Jusoh, Penolong Pengarah Unit Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya selaku pegawai angkat SKPP8(1) dan tetamu khas Dr. Husniza Hussain, Penyelidik Institut Penyelidikan Perubatan, UPM.
Pelbagai aktiviti telah dirancang kepada warga SKPP8(1) terutamanya melibatkan murid-murid. Pihak sekolah mengharapkan semua murid akan mengambil bahagian dan mendapat manfaat daripada aktiviti yang disertai sepanjang tahun ini.
Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan majlis ini.
Pengunjung | Dasar Keselamatan | Penafian | Peta Laman |