Portal Rasmi

Perhatian; Perubahan Waktu Persekolahan & Jadual Waktu

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Ibu bapa/penjaga yang dihormati,

Dimaklumkan terdapat perubahan pada waktu persekolahan dan mula berkuat kuasa pada 13 Februari 2012. Waktu persekolahan terbaharu boleh dirujuk di portal sekolah.

Ibu bapa/penjaga juga dapat melihat dan mencetak jadual waktu kelas yang terbaharu di bahagian menu JADUAL WAKTU di portal sekolah atau klik di pautan ini http://www.skpp81.edu.my/wp-content/jw/

Harap maklum.

Kongsi artikel ini
468 ad

13 Comments

  1. Thanks for the notification.

  2. Terima kasih atas makluman.

    KOKO akan diadakan pada waktu pagi hari Rabu. Bagaimana dengan pakaian untuk hari Rabu tersebut untuk tahun 1 dan tahun 3.

    Terima kasih.

    • Assalamualaikum & salam sejahtera,

      Pada minggu aktiviti Unit Uniform, pakaian bagi murid Tahun 3, 4 , 5 dan 6 adalah mengikut Unit Uniform masing-masing.

      Pada minggu aktiviti persatuan dan permainan, semua murid dikehendaki memakai pakaian sukan sekolah.

      Bagi murid-murid Tahun 1, mereka dikehendaki memakai pakaian sukan sekolah setiap kali waktu kokurikulum.

      Harap maklum.

      *15 Feb 2012 Aktiviti Unit Uniform

  3. Untuk tahun 2 sama juga ke perlu pakai baju sukan pada hr Rabu…?

    • ya, murid tahun 1 dan tahun 2 dikehendaki memakai pakaian sukan sekolah pada waktu kokurikulum.

  4. Mulai sekarang xde lg lagi lah KOKO pada waktu ptg…. so skrg ini hari rabu waktu balik pukul 2 ptg?

    • ya, kokurikulum pada sebelah pagi.
      sila rujuk jadual persekolahan.

  5. kenapa pertukaran kelas untuk darjah 1 tidak dimaklumkan kpd ibubapa? hanya diketahui melalui murid sendiri apabila ditanya. tiada surat pemberitahuan secara formal..

  6. Salam,

    Nak tanya tentang pakaian semasa jadual PJ. Pelajar tahun 1 perlu pakai pakaian PJ atau baju biasa sahaja. Sebab, koko perlu pakai pakaian sukan sekolah, hari khamis dan jumaat kelas anak saya ada matapelajaran PJ.

    pohon penjelasan….

  7. Tahun 1 kelas UM, jadual waktu ari jumaat ada pendidikan Jasmani. Pakaian adalah pakaian sukan, jadi pakaian rasmi ari jumaat (kain bunga2) bila nak pakai??

  8. Setahu saya, KOKO hanya untuk murid tahun 3, 4, 5 & 6 sahaja. Jadi kenapa perlu murid tahun 1 & 2 membuang masa dari pukul 7.30am hingga 8.30am? Apa yang dilakukan oleh murid2 tahun 1 & 2 pada waktu tersebut? Adakah jadual baru ini akan digunapakai sepanjang tahun 2012? Contoh untuk murid tahun 2, subject PJ ada 2 masa pembelajaran dan pendidikan kesihatan 1 masa pembelajaran. Dan sekarang ditambah dengan 2 masa untuk KOKO. Jadi keseluruhannya ada 150 minit untuk aktiviti riadah. Sedangkan core subject sebagai contoh, matapelajaran Sains hanya diperuntukan sebanyak 60 minit dalam satu minggu. Cadangan saya untuk sekolah melihat semula jadual waktu untuk murid tahun 1 & 2. Kerana murid-murid baru ini perlu diperkukuhkan dengan asas core subjects seperti Sains, Matematik, Bahasa Inggeris & Bahasa Malaysia.

  9. assalamualaikum.. saya ingin bertanya mengenai kelas bahasa cina yang sepatutnya diambil oleh anak saya tahun 1 telah ditukarkan ke kelas bahasa arab sedangkan tiada makluman mengenai pertukaran kelas tersebut. Saya telah mendaftarkan anak saya ke kelas bahasa cina tapi telah diberitahu oleh anak saya yang dia disuruh untuk masuk ke kelas bahasa arab. Mohon pihak admin memberikan penjelasan.

    • sila emelkan nama dan kelas anak puan.
      masalah akan dirujuk kepada guru kelas.

Leave a Comment