Cuti sekolah hampir tamat. Sudah pasti ramai yang teruja menunggu hari pertama persekolahan nanti. Mungkin sebahagian besar peralatan sekolah telah pun disediakan oleh ibu bapa. Di sini admin ingin berkongsi jadual waktu kelas bagi sesi persekolahan 2017.
Jadual waktu 2017 Kohort 1 ini berkuat kuasa pada 3 Januari 2017 (hari Selasa, jangan tersilap hari!). Ini bermaksud aktiviti pembelajaran dan pembelajaran (PdP) akan bermula pada hari tersebut. Cikgu-cikgu akan masuk ke kelas dan memulakan aktiviti PdP. Jadi pastikan jadual pada hari tersebut diikuti bagi mengelakkan sebarang masalah.
Bagi murid Tahun 1, mereka tidak terikat kepada jadual waktu kelas ini. Mereka akan mengikuti jadual Program Transisi selama dua minggu. Selepas itu, mereka akan dibekalkan buku teks dan buku aktiviti.
Dapatkan JADUAL WAKTU KELAS 2017.
Pengunjung | Dasar Keselamatan | Penafian | Peta Laman |