Suasana perhimpunan pagi 2 Januari 2020. Bermulalah sesi persekolahan SK Putrajaya Presint 8(1). Semoga tahun ini SK Putrajaya 8(1) lebih gemilang dalam semua bidang.
Program terakhir bagi sesi persekolahan 2019. Majlis penutup bagi Program Seronoknya Ke Sekolah diadakan bagi memberi penghargaan dan galakan kepada murid yang hadir penuh dan datang awal ke sekolah sepanjang sesi persekolahan 2019. Harapan pihak sekolah agar masalah hadir lewat dan m
Semua murid yang telah menunjukkan peningkatan dari segi sahsiah, akademik dan kokurikulum telah diraikan dalam Majlis Kami Dihargai bagi sesi 2019. Mereka telah menerima sijil dan plak penghargaan daripada pihak sekolah. Majlis sebegini diharap mampu menyerlahkan lagi potensi diri mu
Sejarah telah tercipta. Penganjuran Kejohanan Ragbi Peringkat Kebangsaan Putrajaya 7’s buat julung kalinya oleh SK Putrajaya Presint 8(1) dengan kerjasama PIBG, Persatuan Ragbi Putrajaya, Perbadanan Putrajaya dan Taman Ekuestrian Putrajaya telah berlangsung dengan jayanya. Terim
Program kelestarian alam sekitar kepada semua murid SK Putrajaya Presint 8(1). Semoga program sebegini mampu mendidik murid-murid SKPP8(1) menghargai alam sekitar.
Hampir 600 murid telah terlibat dalam Kempen Hour of Code bagi tahun 2019. Semua murid Tahap 1 telah berjaya menyahut cabaran dan berjaya menyiapkan tugasan dalam masa satu jam. Kita akan cuba meningkatkan penglibatan murid pada tahun 2020 nanti. Syabas dan tahniah kepada semua!
Majlis Jamuan Hi Tea Tahun 6 2019 telah disambut bagi meraikan semua murid sebelum mereka melangkah keluar dan memasuki alam persekolahan menengah. Semoga mereka semua menjadikan pengalaman mereka sepanjang berada di sekolah rendah untuk meneruskan cabaran menuntut ilmu di sekolah men
Tahniah dan syabas kepada semua anak prasekolah SK Putrajaya Presint 8(1). Mereka telah dianugerahkan sijil tamat sekolah bagi sesi 2019. Semoga mereka semua telah dapat menguasai kemahiran asas sebelum menjejak kaki ke alam persekolahan kelak. Tahniah dan syabas kepada semua!
Terima kasih kepada Puan Norhasmariza binti Jaafar, Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan WP Putrajaya yang mewakili Puan Pengarah Pendidikan untuk merasmikan Adiwangsa Library & MarcaPada Education Hub 2019 di SK Putrajaya Presint 8(1). Semoga dengan pe
Terima kasih kepada Puan Norhasmariza binti Jaafar, Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan WP Putrajaya yang mewakili Puan Pengarah Pendidikan untuk merasmikan bilik Digital Maker Hub Champion School di SK Putrajaya Presint 8(1). Terima kasih kepada ahli Duta
Tahniah kepada semua penerima Anugerah Nilam pada tahun ini. Terdapat peningkatan ketara di kalangan murid yang berjaya mendapat anugerah. Harapan pihak sekolah agar semua murid SKPP8(1) terus membudayakan amalan membaca untuk meningkatkan pengetahuan dan ilmu. Terima kasih kepada sem